Perkembangan terkini misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan...<br /><br />Selepas 30 jam mengharungi perjalanan darat yang amat mencabar dari Khartoum, 30 rakyat Malaysia selamat meninggalkan Port Sudan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi menuju ke Jeddah.<br /><br />Kementerian Luar Negeri memaklumkan, perjalanan mereka merentasi laut merah dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.
